Subscribe Now: standard

Rabu, 17 Jun 2015

Buat Duit Dengan eRezeki


Multimedia Development Corporation (MDeC) telah lancar eRezeki iaitu inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.

Bagi rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas berpeluang menjana pendapatan secara online dengan menyertai inisiatif eRezeki.

Melalui laman eRezeki, anda akan diberi pilihan tugasan yang ingin anda lakukan (jenis kerja atau tugasan yang dipilih terpulang kepada anda dan bukan seperti lazimnya dimana pelanggan yang membuat pilihan tersebut) dan seterusnya, bila anda menghantar maklumat yang diperlukan anda akan menerima bayaran untuk segala tugasan yang menepati kehendak pelanggan.


Tiada temuduga, tiada borang permohonan, tiada bayaran dikenakan! Cuma Daftar di e-Rezeki

Duit free Headline Animator