Subscribe Now: standard

Khamis, 2 Jun 2016

7 Cara Jana USD Dengan Mudah


Dalam artikel ini saya senaraikan beberapa program buat duit online yang boleh anda cuba untuk dapatkan side income dalam nilai usd. Berikut adalah 7 cara jana USD dengan mudah.

Amazon Affiliate – Ini adalah program affiliate yang memerlukan anda membina website affiliate amazon dan menjana pendapatan dengan menjual produk dari amazon melalui niche website anda. Komisen yang anda akan perolehi adalah sekitar 4% - 8.5% dari jumlah keseluruhan harga barang yang dijual. Semakin banyak produk terjual maka banyaklah komisen yang akan anda terima.

Flippa – Flippa adalah tempat jual dan beli website / blog, domains dan apps yang terkenal di dunia. Jika anda seorang web programing yang ingin menjual website / blog maka di Flippa adalah ladang wang buat anda.

iWriter – Jika anda mempunyai kemahiran dalam menulis artikel berbahasa english, iWriter adalah tempat untuk anda menghasilkan USD. iWriter adalah tempat berkumpulnya para penulis artikel dan para pencari artikel dari seluruh dunia. Cara untuk menjana pendapatan online melalui iWriter adalah cukup mudah, anda hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan dan mengikuti arahan yang diberi.

BlueHost –  BlueHost adalah salah satu web hosting yang ditubuhkan sejak 1996. Bluehost telah membina reputasinya dengan baik sebagai syarikat web hosting dengan memberikan perkhidmatan yang memuaskan pada pelanggannya, support mereka mempunyai respon yang sangat baik, melalui e-mel dan melalui telefon. Anda boleh cari mana mana web hosting luar negara yang boleh anda review. Jika ada pembaca yang suka dengan review anda dan mereka “sign-up” mendaftar hosting dengan web hosting cadangan anda, anda akan menerima komisen yang lumayan. Kalau tidak silap saya minima USD50 untuk setiap pendaftaran berjaya.

ClickBank – Ini adalah salah satu lubuk ebook luar negara yang popular. Apa yang perlu anda lakukan adalah jual dan promote ebook. Setiap pembelian ebook anda akan perolehi usd dollar.

Adsense/Youtube Adsense – Jika anda mempunyai website atau blog, anda berpeluang untuk menjana pendapatan melalui program pengiklanan dari Google Adsense. Kalau tidak ada akaun adsense, anda boleh mencuba buat duit dengan Youtube Adsense

Fiverr - Fiverr adalah salah satu lubuk buat duit USD. Apa yang boleh saya katakan disini, Fiverr adalah tempat paling mudah untuk anda jana pendapatan di internet. Fiverr menyediakan tapak sebagai laman jual beli perkhidmatan atau servis yang ditawarkan seperti membuat logo, edit photo, menulis artikel, membuat minisite dan lain-lain. Kesimpulannya Fiverr memberi peluang untuk anda menjana US Dollar secara online. Jadi tidak hairanlah mengapa kini begitu banyak freelance yang menghasilkan beratus-ratus dan beribu-ribu dollar dalam sebulan hanya dengan Fiverr. Menarik? Anda boleh cuba.



Duit free Headline Animator